Myanmar menyatakan rasa kesal terhadap Laporan Pemerdagangan Manusia 2016 AS yang menurunkan status negara itu daripada Senarai Amatan (WL) Tahap 2 kepada Tahap 3, iaitu tahap yang paling rendah.
Menurut Kementerian Luar Myanmar, pihaknya berasa kesal terhadap penurunan status yang dibuat dalam laporan itu, kerana kerajaan baharu Myanmar kini sedang berusaha gigih untuk melindungi warga yang bekerja di seberang laut dan mangsa kegiatan pemerdagangan manusia.