Cari:
Najib Seru Dunia Bersatu Perangi Keganasan
2016-07-04 12:24:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru masyarakat dunia bersatu menentang keganasan yang menjadi musuh nombor satu.

Najib membuat seruan demikian menerusi akaun rasmi Facebook beliau pada 2 Julai lalu dalam reaksi terhadap beberapa kali serangan bersenjata yang berlaku dalam masa terdekat, termasuk serangan militan yang menyebabkan tebusan terbunuh di Dhaka, ibu negara Bangladesh baru-baru ini. Serangan pengganas itu turut menimbulkan rasa panik dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa.

Menurut Najib, pengganas tidak boleh dibiar berleluasa hingga mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dunia. Kerajaan di seluruh dunia perlu meneliti setiap maklumat diperoleh dan dikongsi bersama semua agensi perisikan kerana keganasan tidak mengenal sempadan dan had, sebaliknya hanya mahu membawa kehancuran dan kemusnahan terhadap masyarakat serta meragut nyawa tidak berdosa.

Najib berkata, pihak tertentu mungkin mendakwa bertanggungjawab terhadap perbuatan keji ini dengan menggunakan nama Islam tetapi bagi umat Islam yang sejati, ia tidak lebih daripada cubaan mempersendakan Islam. Umat Islam sejati mesti menyangkal dan menolak tanpa syarat mereka yang mempersendakan Islam.

Najib berkata, masyarakat dunia perlu menyedari keganasan tidak mempunyai agama atau kaum. Pengganas bukan Islam dan mereka tidak mempunyai tempat dalam dunia Islam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China