Cari:
Aktiviti Pertukaran Kebudayaan Hainan di Jakarta
2016-07-04 16:00:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rombongan Nyanyi dan Tari Etnik Minoriti Hainan China mengadakan persembahan di Universiti Bunda Mulia Jakarta, Indonesia pada petang 3 Julai lalu. Persembahan tersebut mendapat sambutan hangat daripada kalangan orang Cina dan perantau China tempatan.

Aktiviti pertukaran kebudayaan provinsi Hainan kali ini bertemakan "Mengetahui Hainan, merasai rasa persaudaraan dan menyatupadukan penduduk sekampung".

Program-progam yang penuh dengan budaya dan adat resam etnik minoriti Li di Hainan turut membawa sentimen kampung halaman kepada para orang Cina dan perantau China di Indonesia yang berasal dari Hainan.

Selain persembahan budaya istimewa provinsi Hainan, pertunjukan seni silat China serta nyanyian dan tarian Indonesia juga diadakan sempena aktiviti pertukaran kebudayaan Hainan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China