Demikian dinyatakan Dekan Institut Penyelidikan Strategi Kemboja, Kung Phoak ketika diwawacara wartawan CRI di Phnon Phen hari ini.
Kung Phoak berkata, tindakan Filipina yang membangkitkan kes timbang tara secara sepihak telah membelakangi perjanjian yang dibuat dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan Laut China Selatan (DOC) yang dicapai antara China dengan ASEAN. Tindakan ini tidak berfaedah bagi menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara damai, bahkan menjejaskan serius perkembangan hubungan China-Filipina.
Beliau menganggap bahawa pertikaian itu amat rumit berikutan melibatkan beberapa negara dan banyak faktor. Isu itu tidak boleh diselesaikan melalui timbang tara antarabangsa kerana campur tangan kuasa bukan di rantau ini juga tidak berfaedah kepada penyelesaian pertikain itu, lebih-lebih lagi tidak berfaedah kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan rantau ini. Perbincangan dan rundingan antara negara yang terlibat langsung dalam pertikaian merupakan satu-satunya cara penyelesaian yang damai.
Kung Phoak menyeru pelbagai pihak melaksanakan DOC dan berusaha agar Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC) dicapai dengan secepat mungkin.