Cari:
Ketua Polis Malaysia Sahkan Letupan Bom Di Puchong Angkara Didalangi Pengganas IS
2016-07-05 11:36:41 CRI Cetak

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan bahawa kejadian letupan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong di luar bandar Kuala Lumpur pada 28 Jun lepas didalangi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) dan merupakan serangan keganasan pertama yang dilancarkan IS di Malaysia.

Insiden melibatkan pusat hiburan di IOI Boulevard itu mencederakan lapan orang, antaranya termasuk seorang warganegara China.

Khalid berkata, terdapat 15 individu dipercayai terbabit aktiviti IS yang ditahan antara 28 Jun hingga 1 Julai lepas di pelbagai tempat seluruh negara. Antaranya termasuk dua lagi suspek yang merupakan dua anggota polis berpangkat rendah.

Mengulas insiden letupan bom itu, Khalid berkata suspek bertindak selepas menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan pengganas IS Malaysia di Syria. Selain itu, sasaran mereka adalah pemimpin kanan negara, polis serta hakim.

(sumber: Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China