Cari:
Program Pertukaran Belia China-ASEAN ke-2 di Siem Reap
2016-07-05 15:14:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Program Pertukaran Belia China-ASEAN ke-2 diadakan di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini.

Menteri Diplomasi dan Hal-Ehwal Negara Kemboja merangkap pegawai kanan urusan ASEAN, Soeung Rathchavy menyatakan harapan agar aktiviti seumpama itu dapat mempererat hubungan persahabatan antara China dan ASEAN, di samping memainkan peranan proaktif bagi memperkasakan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu berkata, perkembangan hubungan China dan ASEAN berkait rapat dengan penyertaan golongan belia China dan ASEAN.

Aktiviti kali ini turut disertai lebih 230 orang wakil belia yang berasal dari China, sepuluh negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China