Pejabat polis bandar Solo Jawa Tengah Indonesia diserang bom bunuh diri pagi tadi, kejadian itu mengakibatkan pengganas mati dan seorang polis cedera.
Jurucakap Jabatan Polis Negara Indonesia berkata, seorang pengganas menyerbu masuk halaman jabatan polis tersebut dengan memandu motosikal dan meletupkan bom yang dibawanya ketika diburu oleh polis.
Presiden Indonesia, Joko Widodo mengutuk serangan itu dan menuntut Jabatan Polis Negara menyiasat dan memburu anggota militan yang berkaitan dengan kejadian itu.
Pengarah Agensi Risikan Indonesia menyatakan kepada media bahawa serangan ini berkemungkinan berkaitan dengan penyokong kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berada di Indonesia.