Cari:
Malaysia Tingkatkan Amaran Keselamatan Negara Tangani Serangan Pengganas
2016-07-06 13:48:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Muhammad Wanndy Mohamed Jedi (sebelah kiri), anggota kumpulan militan IS Malaysia di Syria

Selepas melakukan serangan keganasan kali pertama di Malaysia, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengatakan akan melancarkan serangan yang berskala lebih besar.

Dalam pada itu, anggota polis Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah menghentikan cuti perayaan Hari Raya Adilfitri untuk menjalankan pengawasan keselamatan dari segenap aspek demi memastikan keselamatan Hari Raya yang bermula pada 6 Julai ini.

Sebelum ini, 8 orang tercedera dalam kejadian letupan bom tangan didalangi IS yang berlaku di sebuah premis hiburan di Puchong di luar bandar Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.

Akhbar bahasa Inggeris Malasyia, New Straits Times memetik kenyataan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan militan IS Malaysia di Syria sebagai berkata, serangan Puchong hanya merupakan satu permulaan dan akan disusuli serangan yang berskala lebih besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China