Cari:
Kerjasama China dan Negara-negara Aliran Sungai Lancang-Mekong demi Pembangunan Lestari
2016-07-06 15:22:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China memainkan peranan utama dalam pembangunan sosioekonomi di Asia Tenggara. China dan negara-negara kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong bekerjasama untuk menggunakan sumber air memperlihatkan niat yang baik pihak China.

Demikian dinyatakan dalam artikel tentang kerjasama antara China dan negara-negara kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong yang diterbitkan dalam akhbar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nhan Dan pada 5 Julai lalu.

Dalam artikel itu, negara-negara kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong diseru menggunakan sumber air secara berkesan di bawah mekanisme kerjasama yang lebih erat dan proaktif berikutan kehidupan hampir sejuta orang di kawasan aliran Sungai Mekong terjejas teruk kerana perubahan iklim pada masa ini.

Enam negara yang terlibat dalam mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong tersebut juga telah sebulat suara komited untuk memastikan keamanan, kesejahteraan dan pembangunan lestari di kawasan aliran sungai tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China