Cari:
Kedaulatan Wilayah dan Hak Maritim China Tidak Dijejaskan Keputusan Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-07-08 11:01:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China terhadap kawasan perairan Laut China Selatan tidak akan dijejaskan oleh apa disebut "keputusan" yang dibuat oleh tribunal The Hauge berhubung kes timbang tara yang difailkan oleh Filipina secara sepihak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam berkata, China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaian ke atas pulau-pulau di Laut China Selatan dan kawasan perairan di sekitaranya. Hal ini merupakan pendirian yang sentiasa dipegang oleh kerajaan China.

Hong berkata, pendirian China dalam pertikaian Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten, iaitu China tidak akan mengiktiraf mana-mana keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara yang ditubuhkan atas tuntutan Filipina secara sepihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China