Cari:
Pakar Rusia: China Berkeupayaan Hentikan Pendudukan Haram Filipina terhadap Terumbu Karang Ren'ai
2016-07-10 15:59:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mempunyai keupayaan untuk menghentikan pendudukan Filipina terhadap terumbu karang Ren'ai China dengan tindakan menggunakan sebuah kapal perang terpakai yang tersadai di pantai terumbu karang tersebut sejak tahun 1999. Jika China terpaksa mengambil tindakan untuk menangani isu itu, pihak Filipina perlu bertanggungjawab terhadap hal ini.

Constantine Garibov, pakar isu antarabangsa dari Rusia berkata demikian ketika menerima wawancara khas Agensi Berita Xinhua pada 8 Julai lalu.

Garibov berkata, China mempunyai teknologi dan keupayaan untuk menghentikan kewujudan kapal perang Filipina di terumbu karang Ren'ai. Sebagai contoh, China dapat mengambil tindakan meletupkan dan menengelamkan kapal perang terpakai ini tanpa mengakibatkan kematian dan kecederaan. Sama ada China mengambil tindakan sedemikian atau tidak bergantung kepada tindakan lanjutan Filipina.

Beliau berkata, China sentiasa bersikap toleransi dan sabar untuk mengekalkan kestabilan di kawasan ini dan turut memberi amaran agar Filipina jangan meruncingkan ketegangan situasi dengan menggunakan kapal perang tersebut. Akan tetapi, Filipina tidak mempedulikan amaran China berkenaan kerana mendapat sokongan daripada AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China