Cari:
Pertemuan Li Keqiang dengan PM Laos di Mongolia
2016-07-15 15:05:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun di hotel yang beliau menginap di Ulan Bator pada petang 14 Julai lalu.

Li Keqiang menyatakan, sempena ulang tahun ke-55 terjalinnya perhubungan diplomatik China-Laos, Beijing bersedia mengeratkan pertukaran peringkat tinggi dengan Vientiane, terus saling menyokong dengan teguh, memperdalami kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, memperkasakan koordinasi dalam hal-ehwal serantau dan antarabangsa serta menyempurnakan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif kedua-dua pihak.

Beijing juga meluahkan harapan agar kedua-dua pihak dapat berusaha bersama supaya mendorong pelaksanaan projek jalan kereta api antara kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama dalam kapasiti industri dan pelaburan serta melaksanakan projek contoh dalam bidang infrastruktur, elektrik, sumber tenaga dan lain-lainnya untuk menggalakan kerjasama berkembang ke tahap yang baru.

Li menunjukan, pihaknya menghargai usaha Laos sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, dalam menggalakkan perkembangan ASEAN dan memelihara kedamaian serantau serta mendorong kerjasama serantau. Pihak China bersedia bekerjasama dengan pihak Laos bagi menggalakan kerjasama pragmatik dalam rangka China-ASEAN dan memberi sumbangan positif untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan serantau.

Li juga menjelaskan pendirian Beijing tentang kes timbang tara Laut China Selatan yang dibangkitkan Filipina. Thongloun menyatakan pihak Laos menyokong pendirian Beijing dan sudi berusaha bersama negara ini untuk memelihara kedamaian dan kestabilan wilayah Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China