Cari:
Li Keqiang Temui PM Vietnam di Mongolia
2016-07-15 17:00:02 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phu di hotel yang beliau menginap di Ulan Bator pada sebelah petang 14 Julai lalu waktu tempatan.

Li Keqiang berkata, hubungan China-Vietnam menunjukkan pertumbuhan yang positif yang terbukti dengan kemajuan yang tercapai pada peringkat awal dalam kerjasama laut, darat dan kewangan. Pihak China bersedia mempercepatkan proses untuk mengkoordinasi strategi pembangunan dengan pihak Vietnam, bersungguh-sungguh mendorong kerjasama kapasiti industri, menetapkan dan memulakan projek kerjasama keutamaan secepat mungkin supaya dapat menjana perkembangan perdagangan bilateral secara seimbang dan berterusan.

Di samping itu, Li juga berkata, kerjasama tentang laut harus dikukuhkan seperti tinjauan susulan bersama terhadap perairan di luar pinggir Teluk Beibu harus dipercepatkan. Tambah beliau, interaksi kebudayaan dan kemanusiaan patut diperluas secara aktif untuk meningkatkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara terutamanya di kalangan belia. Beliau berharap agar kedua-dua pihak boleh berusaha bersama supaya mendorong kerjasama strategik komprehensif bilateral berkembang menuju ke arah yang sihat dan stabil.

Ketika menyentuh tentang isu Laut China Selatan, Li menjelaskan lagi pendirian Beijing tentang keputusan muktamad kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan Filipina, iaitu tidak mengakui dan tidak menerima. Pada lebih 10 tahun yang lalu, China bersama dengan negara-negara ASEAN telah mencapai Dekralasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan yang sememangnya telah berfungsi melindungi keamanan dan kestabilan kawasan Laut China Selatan selama beberapa tahun.

Li juga berkata, pada masa depan, sewaktu menangani isu Laut China Selatan, Beijing dan Hanoi dikehendaki berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan Dekralasi, menyelesaikan perselisihan berkaitan melalui dialog dan rundingan bilateral dengan menghormati fakta sejarah. Beliau berharap agar Hanoi mengambil kira hubungan China-Vietnam yang sudahpun berkembang pada landasan yang betul, dan bersama-sama mempertahankan keamanan dan kestabilan di perairan Laut China Selatan.

Nguyen Xuan Phu berkata, Hanoi menghormati pendirian Beijing tentang kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan Filipina dan mengesyorkan pertikaian berkenaan diselesaikan melalui dialog dan rundingan. Tambah beliau, menurut persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak, hendaklah mendorong mekanisme rundingan tentang isu laut bilateral untuk mencapai kemajuan dan mengawal perselisihan dengan baik untuk memberi sumbangan kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China