Cari:
Malaysia: OPR Diturunkan Kepada 3%
2016-07-18 14:12:40 CRI Cetak

Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus berbanding 3.25 peratus sebelum ini, dengan alasan ekonomi global mencatat kadar pertumbuhan yang sederhana dan kelemahan sektor luaran.

Ini kali pertama BNM menurunkan OPR berikutan peningkatan sebanyak lima kali selepas tahun 2009.

Penurunan OPR itu seterusnya dijangka mampu memastikan ekonomi di negara itu terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil.

Menurut unjuran kerajaan Malaysia, ekonomi di negara itu kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur tumbuh 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China