Penasihat Negara Myanmar, Aung San Su Kyi mengadakan pertemuan dengan delegasi wakil kumpulan militan kaum minoriti yang belum menandatangani perjanjian gencatan senjata kebangsaan di Yangon pada 17 Julai lalu. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama bagi mewujudkan perdamaian.
Ketua Setiausaha Suruhanjaya Persiapan untuk "Sidang Panglong" Abad ke-21, Hla Maung Shwe berkata suasana pertemuan itu seperti sekeluarga.
menurut kenyataan tentang pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan tentang perjanjian gencatan senjata kebangsaan, Sidang Panglong Abad ke-21 serta isu-isu sebagainya.