Cari:
Polis Indonesia Tembak Mati Santoso
2016-07-19 10:34:34 CRI Cetak

Polis Indonesia percaya mereka berjaya membunuh pengganas Daesh yang paling dikehendaki di negara itu, Santoso (kanan)

Anggota kumpulan pengganas Daesh yang paling dikehendaki di Indonesia, Santoso, dipercayai terbunuh bersama-sama seorang lagi anggota kumpulan tersebut dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di pulau Sulawesi.

Jurucakap Presiden Indonesia, Johan Budi berkata salah seorang anggota pengganas itu mempunyai persamaan dengan Santoso dan mayatnya telah dihantar kepada keluarganya untuk dikenalpasti.

Pihak berkuasa Indonesia telah memburu Santoso sejak beberapa tahun lalu setelah dia menyatakan taat setia kepada kumpulan pengganas Daesh.

Selain Indonesia, Santoso juga dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) yang telah melabelkannya sebagai pengganas.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China