Cari:
Pertemuan Menteri Pertahanan China-Laos
2016-07-19 12:53:06 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan berunding dengan Menteri Pertahanan Laos, Chansamone Chanyalath di Beijing pada 18 Julai lalu.

Chang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos. Hubungan antara kedua-dua negara menghadapi peluang pembangunan yang penting pada masa ini.

Beliau berharap tentera kedua-dua negara agar mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan meningkatkan kerjasama pragmatik demi menyediakan jaminan yang kukuh kepada keselamatan dan pembangunan masing-masing.

Beliau juga menyatakan bahawa keputusan kes timbang tara Laut China Selatan yang dibangkitkan Filipina tidak sah, dan kerajaan China tidak mengakui dan tidak menerima keputusan itu. Pihak China berterima kasih atas pendirian Laos yang adil dalam isu Laut China Selatan.

Chansamone pula berkata, Laos dan China merupakan jiran yang mesra. Kedua-dua pihak diharap meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau menegaskan, Laos sentiasa menyokong pendirian China dalam isu antarabangsa dan serantau. Pihaknya berharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikan perselisihan Laut China Selatan secara damai melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China