Cari:
China, ASEAN Saling Menghormati dan Mempercayai
2016-07-20 12:54:33 CRI Cetak

Naib Menteri Perdagangan China, Gao Yan dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China bersedia untuk memandang dan mengembangkan hubungan China-ASEAN daripada tahap strategik untuk jangka masa panjang.

China akan terus berusaha bersama-sama dengan ASEAN mewujudkan situasi menang-menang dan saling menguntungkan dengan semangat saling menghormati dan mempercayai.

Menurut beliau, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN terus berkembang dengan stabil.

China telah menjadi rakan dagangan terbesar bagi ASEAN selama tujuh tahun berturut-turut, manakala ASEAN pula merupakan rakan dagangan ketiga terbesar bagi China selama lima tahun berturut-turut.

Hal tersebut membuktikan bahawa kedua-dua pihak telah menjadi rakan kongsi yang penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan serta mempunyai ruang pembangunan yang lebih meluas.

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 yang dijangka bakal diadakan pada 11 hingga 14 September itu nanti bertemakan "Membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21: Mewujudkan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Vietnam dipilih sebagai negara tema CAEXPO kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China