Mantan Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China yang juga Dekan Fakulti Kewartawanan Universiti Renmin China, Zhao Qizheng semalam menyatakan bahawa walaupun China tidak berpuas hati dengan proses dan niat Filipina memfailkan kes timbang tara secara sepihak, namun China masih mengekalkan sikap demi masa depan yang lebih baik dan berpendapat bahawa hubungan China dengan negara anggota ASEAN tidak akan terjejas berikutan isu Laut China Selatan.
Beliau berkata demikian dalam mesyuarat "Isu Laut China Selatan: Pertemuan Pakar dan Media" semalam.
Menurut beliau, semua negara anggota ASEAN mempunyai kepentingan yang sama, dan setiap negara mempunyai kepentingan khusus masing-masing.
Sehubungan dengan itu, China bukan sahaja mahu mengekalkan interaksi dengan pelbagai negara anggota ASEAN, malah berhasrat untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan ASEAN.
Zhao Qizheng menegaskan bahawa hubungan persahabatan China-ASEAN perlu bermula dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak, seterusnya meningkatkan interaksi politik, kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya.