Cari:
AS Failkan Saman Sivil ke atas 1MDB
2016-07-22 13:19:39 CRI Cetak

Setiausaha Kehakiman Amerikan Syarikat (AS), Loretta Lynch kelmarin menyatakan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan menyita aset-aset yang bernilai USD1 bilion (RM4.06 bilion) yang dibeli oleh pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia melalui pengubahan wang haram di AS.

Menurut beliau, saman sivil yang melibatkan jumlah wang paling tinggi itu adalah berdasarkan "rancangan mendapatkan semula aset-aset yang diperoleh daripada kegiatan haram dan rasuah peringkat tinggi" oleh AS.

Menurut siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Cukai Domestik AS, beberapa pegawai 1MDB telah melakukan pengubahan wang haram dan rasuah untuk membeli aset tetap di AS dalam tempoh 2009 hingga 2015.

Dalam pada itu, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan sebarang salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China