Mesyuarat majlis pertama Pusat Kajian Laut China Selatan China-Asia Tenggara diadakan di Singapura Jumaat lalu. Mesyuarat ini menandakan pusat itu beroperasi secara rasmi.
Petugas kumpulan pemikir dan ahli penyelidik kanan dari lapan buah negara termasuk China, Indonesia, Kemboja, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Vietnam menyertai mesyuarat itu sebagai ahli majlis pertama. Para peserta telah mengadakan perbincangan tentang penubuhan mekanisme, pengkajian dan sektor kerjasama pusat tersebut.
Pusat Kajian Laut China Selatan China-Asia Tenggara ditubuhkan bersama oleh beberapa pertubuhan kumpulan pemikir yang terpengaruh di Asia Tenggara. Pusat ini antara pertubuhan bukan kerajaan dan bukan untuk keuntungan.