Cari:
Wang Yi: Pelihara Hubungan China-ASEAN
2016-07-25 12:53:14 CRI Cetak

Walaupun hubungan China-ASEAN secara keseluruhannya berkembang dengan baik, namun semua pihak diminta untuk berganding bahu dalam usaha memelihara hubungan tersebut yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Vientiane, Laos semalam.

Tambah beliau, Singapura merupakan negara penyelaras hubungan China-ASEAN.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Singapura dan negara-negara ASEAN lain untuk menyingkirkan gangguan dalaman dan luaran, dan berpegang kepada hala tuju perkembangan hubungan China-ASEAN yang betul.

Kedua-dua pihak perlu meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dan memelihara kestabilan serantau bagi membina komuniti berkongsi masa depan yang lebih erat.

Vivian pula berkata, walaupun hubungan ASEAN-China berhadapan dengan cabaran, namun cabaran kecil itu tidak sepatutnya menjadi batu penghalang kepada perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak boleh mencapai persepakatan dan perjanjian melalui dialog dan kerjasama bagi mempamerkan kekuatan hubungan ASEAN-China.

Singapura bersedia untuk bersama-sama dengan China bagi mendorong Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-49 mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan menghantar isyarat positif bagi menunjukkan keakraban kerjasama ASEAN-China kepada masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China