Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-49 dirasmikan di Vientiane, Laos semalam.
Perdana Menteri Laos, pengerusi bergilir ASEAN, Thonglun Sisoulit ketika berucap dalam mesyuarat itu berkata, ASEAN perlu memperkasakan peranan di rantau ini untuk menghadapi pelbagai cabaran keselamatan.
Menurut beliau, situasi antarabangsa dan serantau kini berubah dengan cepat. Hal ini memberikan peluang dan juga cabaran kepada ASEAN.
Banyak tempat di dunia masih berhadapan dengan cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional, antaranya termasuk pertikaian kedaulatan wilayah, fahaman pelampau, keganasan, bencana alam, isu pelarian dan pemerdagangan manusia.
Dalam konteks ini, ASEAN perlu terus memainkan peranan penting dalam isu serantau dengan mengambil berat antara satu sama lain bagi membolehkan ASEAN melaksanakan peranan dalam kerjasama antarabangsa dan serantau.