Tujuh orang wartawan dari Malaysia dan tiga wartawan dari Indonesia melawat Radio Antarabangsa China (CRI), pihak penganjur program Kembara Laluan Sutera 2016 pagi tadi.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan turut berkunjung ke CRI untuk bertemu dengan rombongan wartawan tersebut.
Petang ini, mereka akan memulakan kembara ke Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi dengan menaiki kerera api laju (HSR) untuk mendekati masyarakat Muslim tempatan serta melawat destinasi pelancongan terkenal, Terra Cotta di sana.
Datuk Dr. Awang Sariyan bersama-sama Zhang Wenwen, Naib Pengarah Pusat Asia Tenggara merangkap Ketua Bahagian Bahasa Melayu
Pada beberapa hari akan datang, para wartawan dari Malaysia, Indonesia dan juga CRI akan melanjutkan kembara ke provinsi Qinghai untuk mencari tinggalan Jalan Sutera, melawat komuniti Islam tempatan dan beberapa syarikat industri halal yang telah menjalinkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.
Rombongan wartawan Malaysia melawat Bahagian Bahasa Melayu CRI.
Selepas kembali ke Beijing pada 1 Ogos, rombongan Kembara Laluan Sutera 2016 akan melawat ke Masjid Niujie, masjid terkuno di Beijing serta Syarikat Kereta Api China yang sedang meneroka pasaran kerat api laju di ASEAN pada 2 Ogos, iaitu hari terakhir program kali ini.
Media-media yang terlibat dalam Kembara Laluan Sutera 2016 termasuk Astro Awani, Utusan, Al-Hjirah, Berita Harian, My Suara dan DBP dari Malaysia serta Metro News dan Kompas dari Indonesia.