Cari:
China, Indonesia Ikrar Gabung Tenaga Jaga Kestabilan Serantau
2016-07-27 15:27:13 CRI Cetak

Kenyataan bersama bagi melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang dikeluarkan oleh menteri-menteri luar dari ASEAN dan China menghantar isyarat positif bahawa China dan ASEAN komited untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi sempena Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Vientiane, Laos semalam.

Tambah beliau, China bersedia bersama-sama dengan Indonesia untuk menjaga ketenteraman serta mendorong pembangunan serantau.

Retno pula berkata, sokongan China sangat penting bagi ASEAN. Hasil positif yang tercapai dalam mesyuarat tersebut akan menggalakkan hubungan ASEAN-China terus berkembang maju.

Indonesia juga bersedia untuk bergabung tenaga dengan China bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China