Cari:
EAS FMM Ke-6 Amat Berhasil
2016-07-27 16:55:45 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-6 (EAS FMM Ke-6) di Laos yang diadakan berlandaskan dialog dan semangat kerjasama sebagai amat berhasil.

Dalam taklimat media semalam, Wang Yi berkata menteri-menteri luar dari ASEAN sebulat suara menyatakan bahawa ASEAN tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kes timbang tara Laut China Selatan yang dibangkitkan secara sepihak oleh Filipina, dan tidak memberi sebarang komen berhubung keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague, kerana pertikaian berkenaan adalah masalah antara China dan Filipina.

Di samping tegas melindungi kedaulatan wilayah, China akan bersama-sama dengan ASEAN untuk memelihara keamanan dan kestabilan serantau, menangani perselisihan yang sedia wujud secara baik, dan menggalakkan perkembangan berterusan hubungan China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China