Selepas ditubuhkan empat bulan lalu, kerajaan baharu Myanmar mengeluarkan 12 buah dasar rangsangan ekonomi pada 29 Julai untuk mewujudkan pembangunan berterusan yang mesra manusia dan menyeimbangkan penggunaan sumber alam antara pelbagai provinsi bagi menyokong usaha permuafakatan bangsa dan perdamaian di negara itu.
Dasar baharu tersebut melibatkan sistem pengurusan kewangan rakyat, menswastakan syarikat milik negara, membantu perusahaan sedernaha dan kecil, meningkatkan latihan sumber manusia dan membangunkan pembinaan infrastruktur.
Penasihat Negara Myanmar, Ang San Su Kyi telah menghadiri majlis pengumuman yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Nay Pyi Taw dan menyatakan pihaknya akan mengeluarkan langkah-langkah terperinci dasar rangsangan ekonomi dengan secepat mungkin.