Cari:
China Bersedia Memperkasa Kerjasama dengan Kemboja dan Thailand
2016-08-01 14:02:17 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China Liu Yandong mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Kabinet, Sok An dan rakan sejawatnya dari Thailand, Prajin Juntong yang menghadiri Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN Ke-9 di Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou China semalam.

Liu Yandong mengucapkan penghargaan tinggi dan terima kasih kepada sokongan kukuh dari pihak Kemboja dalam isu Laut China Selatan dan Taiwan yang menjadi keprihatinan utama China, di samping menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan pihak Kemboja melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkasa kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, di samping meningkatkan pertukaran sosiobudaya demi mengukuhkan persahabatan muhibah antara rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau, China bersedia menggalakkan kerjasama dengan Thailand dan negara-negara anggota ASEAN yang lain demi meningkatkan hubungan China-ASEAN ke tahap lebih tinggi sempena ulang tahun ke-25 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN pada tahun ini.

Sok An dan Prajin Juntong pula mengucapkan terima kasih kepada pihak China atas persiapan rapi untuk menganjurkan Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN Ke-9 kali ini. Serentak itu, Kemboja dan Thailand bersedia berusaha dengan pihak China untuk mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif dan menggalakkan kerjasama ASEAN-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China