Berdasarkan MoU tersebut, kedua-dua negara akan bekerjasama untuk menubuhkan platform kerjasama baharu bagi menggalakkan syarikat kedua-dua negara menjalankan projek kerjasama sains dan teknologi yang berorientasikan pasaran pihak ketiga, terutamanya negara-negara Asia Tenggara.
Menurut projek kerjasama sains dan teknologi tersebut, kedua-dua negara akan menjalinkan kerjasama bagi menggariskan rancangan pembinaan bandar pintar yang baharu, di samping membangunkan projek-projek baharu dalam sektor e-dagang dan teknologi kewangan.
Pada masa yang sama, lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke AS selama enam hari atas undangan Presiden AS, Barak Obama juga telah bermula pada 31 Julai lalu. Lawatan tersebut merupakan lawatan julung-julung kali Perdana Menteri Singapura ke AS sejak tahun 1985.