Cari:
Li Keqiang Utus Kawat Tahniah kepada CAECW
2016-08-02 11:46:48 CRI Cetak

Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN (CAECW) ke-9 dan Sidang Meja Bulat Menteri Pendidikan China-ASEAN ke-2 membuka tirainya di Guiyang, provinsi Guizhou China semalam. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong menghadiri majlis perasmian itu dan menyampaikan ucaptama.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam kawat tahniah beliau menyatakan bahawa China dan negara-negara ASEAN merupakan tetangga yang baik dan sahabat yang karib. Sejak kedua-dua pihak menjalinkan hubungan dialog pada 25 tahun yang lalu, pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai peringkat telah dijalankan. Antaranya pertukaran dan kerjasama sosiobudaya termasuk sektor pendidikan telah menjadi tunggak baharu bagi hubungan China-ASEAN dan prospek perkembangannya amat cerah. China bersedia bersama-sama dengan negara-negara ASEAN mempelajari dan menggalakkan antara satu sama lain agar memberikan lebih banyak sokongan dari segi kecerdasan dan modal insan kepada perkembangan hubungan kedua-dua pihak untuk membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

Thongloun Sisoulith, Perdana Menteri Laos yang menjadi pengerusi bergilir ASEAN, juga mengutus kawat tahniah kepada CAECW.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China