Dalam Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN (CAECW) ke-9 yang dirasmikan di Guiyang China semalam, peserta dari Kemboja, Thailand dan Indonesia menyatakan bahawa China dan ASEAN perlu meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan untuk menambah persefahaman antara kedua-dua pihak bagi mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prajin Juntong mengatakan bahawa lebih banyak pertukaran dan kerjasama merupakan kandungan utama dalam usaha mengembangkan hubungan China-ASEAN dan beliau yakin kerjasama akan meneroka masa depan yang lebih cerah.
Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sok An mencadangkan China dan ASEAN meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara institusi-institusi pendidikan dan penyelidikan serta kumpulan pemikir, terutamanya menjalankan lebih banyak program pertukaran guru dan pelajar selain bersama-sama menjalankan penyelidikan sains.