Dialog Kerjasama Pendidikan Vokasional China-ASEAN 2016 telah diadakan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou pada 1 Ogos lalu.
Dialog kali ini dihadiri oleh hampir 300 pegawai dari Kementerian Pendidikan Myanmar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kedutaan Besar Laos di China serta wakil-wakil dari institut vokasional China dan negara-negara anggota ASEAN.
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiupin berkata, pendidikan vokasional merupakan komponen yang tidak boleh dipisahkan daripada sistem pendidikan negara dan pembangunan modal insan.
Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial China dan semua negara anggota ASEAN kini sedang berada dalam tempoh kritikal. Oleh hal yang demikian, para pelajar yang memiliki bakat dalam kemahiran teknikal amat diperlukan, khususnya dalam program pembinaan "Jalur & Laluan" (B&R) serta pembangunan Komuniti ASEAN.