Cari:
Mesyuarat Meja Bulat Menteri Pendidikan China-ASEAN
2016-08-03 14:42:06 CRI Cetak

Mesyuarat Meja Bulat Menteri Pendidikan China-ASEAN ke-2 yang bertemakan ""Mengutamakan Pendidikan, Bersama-sama Merealisasikan Impian Menjadi Kenyataan" telah dirasmikan di Guiyang, provinsi Guizhou semalam.

Menteri Pendidikan dan para delegasi dari 10 buah negara ASEAN, Penolong Ketua Pengarah UNESCO, Tang Qian dan Naib Ketua Setiausaha Sekretariat ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee telah menghadiri sidang itu.

Menteri Pendidikan China, Chen Baosheng ketika menyampaikan ucaptama menyatakan bahawa menggalakkan pertukaran dan kerjasama pendidikan merupakan tugas penting dalam pembinaan tonggak baharu bagi perkembangan hubungan China-ASEAN dan juga merupakan daya pendorong baharu bagi hubungan China-ASEAN. Kementerian Pendidikan China bersedia untuk bersama-sama dengan negara ASEAN bagi membina mekanisme kerjasama pendidikan demi pembangunan bersama.

Sidang tersebut telah mengeluarkan kenyataan bersama mengenai Pelan Tindakan Kerjasama Pendidikan China-ASEAN bagi menyokong Rancangan Pendidikan ASEAN 2016-2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China