China akan memberikan sokongan kepada Laos untuk menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN dan bersama-sama menggalakkan kerjasama China-ASEAN mencapai hasil yang cemerlang.
Demikian dinyatakan oleh ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi semasa bertemu dengan Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith di Zhongnanhai Beijing semalam.
Tambah beliau, hubungan China-Laos berpeluang untuk terus berkembang sempena ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos pada tahun ini. Kedua-dua pihak diharap meningkatkan pertukaran, selain melaksanakan kerjasama dengan lebih mendalam bagi mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Laos.
Saleumxay pula berkata, Laos bersedia untuk menggembleng tenaga bersama-sama dengan China bagi menggalakkan hubungan Laos-China serta kerjasama ASEAN-China terus melangkah maju ke hadapan.