Cari:
Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan Kerjasama Asia Timur di Vientiane
2016-08-03 15:58:35 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-48 dirasmikan di Vientiane, Laos hari ini, sekali gus membuka tirai siri mesyuarat menteri ekonomi dan perdagangan kerjasama Asia Timur.

Siri mesyuarat tersebut merangkumi Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN, Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN-China(10+1), Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), dan Menteri Ekonomi dan Perdagangan Sidang Kemuncak Asia Timur. Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng akan mengetuai delegasi China untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith dalam majlis perasmian AEM ke-48 berkata, ekonomi ASEAN kekal stabil dan berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu, terutamanya selepas Komuniti Ekonomi ASEAN ditubuhkan pada penghujung tahun 2015. Kini, daya saing ASEAN terus meningkat sehingga ASEAN menjadi tumpuan pelaburan dunia.

Beliau menyeru pelbagai negara ASEAN agar proaktif dan melaksanakan dengan berkesan mekanisme serta langkah-langkah yang telah diaturkan dalam Pelan Hala Tuju Komuniti Ekonomi ASEAN 2025.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China