Cari:
Wang Yi: Sidang Kemuncak G20 Hangzhou Lebih Inklusif
2016-08-04 12:22:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) dijangka akan menjadi sidang kemuncak yang melibatkan penyertaan negara-negara membangun paling banyak dalam sejarah G20. Kini, kerja-kerja persiapan sidang kemuncak tersebut sedang lancar dijalankan.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith pada 3 Ogos lalu.

Wang berkata, sebagai sebuah negara membangun yang terbesar di dunia, China mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk memelihara dan memperluas hak serta kepentingan sah yang dimiliki oleh negara-negara membangun. Dalam pada itu, China turut mengundangkan beberapa negara membangun untuk menghadiri sidang kemuncak kali ini, antaranya termasuklah Laos yang dipilih sebagai negara pengerusi ASEAN, Chad, selaku negara pengerusi Kesatuan Afrika (AU), Senegal mewakili Perkongsian Baru bagi Pembangunan Afrika (NEPAD) serta Kazakhstan dan Mesir yang merupakan antara dua negara membangun yang besar di dunia.

Wang menambah, Thailand, selaku negara pengerusi Kumpulan 77 (G77) juga menyatakan harapan untuk menghadiri sidang kemuncak di Hangzhou kali ini. China sedang berusaha untuk menguruskan perkara berkenaan.

Oleh hal yang demikian, sidang kemuncak kali ini dijangka bersifat lebih inklusif jika dibandingkan dengan Sidang Kemuncak G20 yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China