Cari:
Wang Yi Ditemui Saleumxay Kommasith
2016-08-04 13:29:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sejak menjalinkan hubungan diplomatik selama 55 tahun yang lalu, orientasi strategik negara China dan Laos sentiasa selari. Hubungan kedua-dua negara yang saling memahami dan saling menyokong telah meletakkan asas kerjasama yang kukuh dan mempunyai ruang perkembangan yang semakin meluas.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith, yang dalam rangka lawatan rasminya ke Beijing pada 3 Ogos lalu.

Tambah Wang Yi, China bersdia untuk bekerjasama dengan Laos dalam usaha melaksanakan konsensus yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dengan bersungguh-sungguh, di samping membuat persiapan dengan baik kehadiran Presiden Laos, Boungnang Vorachith dalam Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou pada 4 hingga 5 September depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China