Demikian dinyatakan Menteri Luar China,Wang Yi semasa ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith.
Menurut Wang, China sedang bersama-sama dengan negara-negara ASEAN termasuk Laos membuat persiapan bagi mengadakan Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN pada bulan September ini. Pelbagai pihak berkenaan berhasrat untuk mengeluarkan deklarasi bersama Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun dan kenyataan bersama Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN, selain meluluskan Pelan Tindakan Kerjasama Pendidikan China-ASEAN 2016-2020 pada sidang kemuncak tersebut. China mencadangkan tahun 2017 sebagai Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN bagi membina tonggak baharu dalam kerjasama China-ASEAN.
Tambah beliau, China akan memberikan sokongan padu kepada Laos dalam penganjuran siri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Asia Timur.