Cari:
AEM ke-48 Bincang Wawasan Komuniti ASEAN 2025
2016-08-04 11:23:01 CRI Cetak

Siri mesyuarat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-48 telah dirasmikan di Vientiane semalam.

Mesyuarat AEM yang pertama diadakan selepas Komuniti ASEAN ditubuhkan itu akan membincangkan rancangan untuk mewujudkan wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan menggalakkan proses integrasi ekonomi ASEAN secara berterusan.

Pada majlis perasmian, Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith menyatakan bahawa penubuhan Komuniti ASEAN merupakan peristiwa penting dalam proses integrasi ekonomi ASEAN, sekali gus merupakan titik permulaan baharu kepada semua negara ASEAN untuk menggalakkan proses strategik tersebut.

Thongloun menyatakan bahawa AEM kali ini komited untuk melaksanakan wawasan Komuniti ASEAN 2025, antaranya termasuk langkah-langkah untuk membaiki persekitaran perniagaan, menggalakkan kemudahaan perdagangan, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan dan memperkasakan kerjasama perdagangan antara rakan dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China