Cari:
Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN ke-15 di Vientiane
2016-08-05 14:30:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kenyataan Bersama Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN telah dibincangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN ke-15 yang diadakan di Vientiane, Laos pada 4 Ogos lalu.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng yang turut menghadiri mesyuarat kali ini berkata, kini, China dan ASEAN masing-masing merupakan rakan dagangan pertama dan ketiga terbesar berikutan jumlah pelaburan dua hala yang melebihi USD160 bilion. Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pertanian, perhutanan, perikanan, dan lainnya berkembang dengan pesat. Pada masa yang sama, projek kerjasama pembinaan infrastruktur rentas sempadan dan kesalinghubungan antara China dengan ASEAN juga semakin rancak dilaksanakan.

Tambah Gao, pertukaran dan interaksi antara rakyat kedua-dua negara juga bertambah erat. Bilangan yang menyertai lawatan pertukaran antara China dengan ASEAN mencecah 23.64 juta orang pada tahun 2015. Angka ini turut menciptakan rekod sejarah yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China