Cari:
Belia China dan ASEAN Erat Persahabatan demi Pembangunan Serantau
2016-08-05 14:25:11 CRI Cetak

Sebanyak 52 kader belia dari enam negara ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Singapura dan Thailand menyertai kursus penyelidikan lanjutan belia antarabangsa kali ke-43 yang dianjurkan oleh Institut Pertukaran Belia Antarabangsa Guangxi China semalam.

Pegawai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Luo Hong berkata, seiring dengan perkembangan pesat hubungan China-ASEAN dan kerjasama yang semakin diperkasakan, golongan belia China dan ASEAN perlu memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan pembangunan bersama antara China dengan ASEAN pada masa depan. Golongan belia sepatutnya menjalinkan hubungan persahabatan demi menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Ketua delegasi Singapura, Chen Zhiyu menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya berharap dapat mengetahui lebih lanjut tentang China setelah menjejakkan kaki ke negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China