Cari:
Mesyuarat RCEP Gesa FTA Serantau Dicapai Secepat Mungkin
2016-08-06 15:13:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri ke-4 Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah diadakan di Vientiane Laos pada 5 Ogos lalu.

Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh menteri-menteri ekonomi dan perdagangan daripada sepuluh negara anggota ASEAN serta China, Australia, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. Para peserta mengulangi lagi komitmen mereka untuk memastikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serantau yang berkualiti tinggi, saling menguntungkan dan komersial dapat dicapai dengan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, para peserta juga menegaskan betapa pentingnya untuk menggalakkan proses rundingan RCEP secara substantif.

Rundingan RCEP pusingan ke-14 dijadualkan diadakan di bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada 10 hingga 19 Ogos depan, manakala rundingan RCEP pusingan ke-15 bakal diadakan di bandar Tianjin, China pada 16 hingga 22 Oktober depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China