Cari:
Sukan Olimpik Rio: Sopita Hadiahkan Emas Angkat Berat buat Thailand
2016-08-07 16:00:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Atlet angkat berat wanita Thailand, Sopita Tanasan memenangi pingat emas pada penampilan pertama Olimpik selepas menguasai saingan kategori 48 kilogram pagi tadi.

Sopita, 21, mengangkat bebanan seberat 92kg dalam acara snatch dan 108kg untuk clean dan jerk, keseluruhan 200kg bagi memenangi emas pertama dalam sukan angkat berat Olimpik Rio 2016.

Dia yang kebiasaannya beraksi dalam kategori 53kg menggunakan segala kelebihan dimiliki terutama selepas penarikan diri pilihan utama daripada China, Hou Zhihui yang mengalami kecederaan seminggu sebelum temasya bermula.

Atlet berketinggian 1.55m itu mengangkat bebanan lebih 8kg bagi mengatasi pemenang perak, Sri Wahyuni Agustiani dari Indonesia manakala atlet Jepun, Hiromi Mayake membawa pulang gangsa dengan keseluruhan angkatan berjumlah 188kg.

Sopita adalah atlet angkat berat wanita keempat dari Thailand yang memenangi pingat emas Olimpik.

(sumber: Berita Harian Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China