Cari:
Perpaduan Faktor Penting Pastikan Singapura Terus Maju
2016-08-09 15:02:54 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyeru rakyatnya yang berlainan bangsa dan agama supaya hidup dengan harmoni bagi memastikan republik itu terus melangkah ke hadapan.

Demikian amanat yang disampaikan Lee Hsien Loong sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada 8 Ogos lalu.

Dalam amanat tersebut, beliau menggariskan tiga cabaran yang perlu dihadapi oleh Singapura dalam usaha untuk bersatu padu, iaitu keganasan, ekonomi global dan langkah-langkah bagi memastikan kerajaan terus mengamalkan politik yang bersih dan membina.

Menurut beliau, negara-negara lain di dunia turut menghadapi cabaran-cabaran yang serupa.

Sejak negara ditubuhkan, leluhur sentiasa berazam untuk menyatukan rakyat Singapura tidak kira bangsa, agama mahupun bahasa, di samping mendorong mereka untuk mengubah negara itu sepanjang 51 tahun yang lalu.

Inilah cara yang paling wajar untuk menyelesaikan semua masalah.

Beliau berjanji bahawa pemerintah akan memastikan politik terus kekal membina, di samping menawarkan sumber-sumber yang mencukupi kepada masyarakat.

Lee juga berkata, rakyat bukan Islam di Singapura boleh membezakan dengan jelas antara rakyat Islam yang sebenar dengan pengganas pelampau.

Apabila menghadapi ancaman itu, setiap warga perlu bersatu padu dan mengekalkan perasaan saling mempercayai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China