Cari:
TPM: Ada Lapan Bom Lagi di Tangan Daesh
2016-08-09 15:17:16 CRI Cetak

Pihak berkuasa Malaysia kini sedang berusaha menjejaki lapan bom tangan yang dipercayai masih berada di tangan pengganas Daesh di negara itu sebelum sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, Ahad lalu, berkata, kerajaan akan bertindak untuk memastikan rakyat tidak terjejas dan terganggu dengan kegiatan pengganas, di samping langkah-langkah keselamatan dan kawalan juga sedang ditingkatkan.

Beliau juga memberitahu, kerajaan telah membatalkan 68 pasport warga Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara yang terlibat dengan militan itu.

Pembatalan tersebut berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya mereka kembali ke tanah air, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka mengikut Akta Imigresen.

Dimaklumkan, ada sepuluh bom tangan masih berada dalam tangan pengganas, dua daripadanya sudah digunakan dalam insiden di pusat hiburan di Puchong, Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China