Sidang Panglong abad ke-21 yang bertujuan untuk menggalakkan proses damai Myanmar bakal dirasmikan pada 31 Ogos ini.
Demikian dinyatakan Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi ketika menghadiri mesyuarat bagi membincangkan kerja-kerja persiapan sidang tersebut.
Tambah beliau, hanya permulaan yang baik dapat membuktikan bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha demi memastikan kejayaan Sidang Panglong Abad ke-21.
Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan yang ditubuhkan sejak 3 bulan lalu telah mengadakan mesyuarat semalam yang turut dihadiri menteri dan timbalan menteri.