Analisis terkini mendapati, isyarat automatik dari pesawat MH370 mendedahkan bahawa pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu menjunam pada kelajuan mencecah 20,000 kaki seminit sebelum terhempas.
Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Greg Hood memberitahu akhbar The Australian, pesawat tersebut berada dalam keadaan tanpa pengemudi ketika terhempas di lautan.
Hood berkata, data baharu menunjukkan bahawa kemungkinan pesawat terbabit terhempas dalam kawasan pencarian keutamaan seluas 120,000 kilometer persegi.
The Australian juga melaporkan, ujian simulasi yang dilakukan Boeing menunjukkan kelajuan pesawat MH370 mungkin berkurangan dan kehilangan daya angkatan selepas pesawat tersebut kehilangan kuasa dari dua enjinnya.