Cari:
Duterte Berikrar Banteras Pengedar Dadah
2016-08-10 14:18:20 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengulangi komitmen untuk membanteras habis-habisan penyalahgunaan dadah yang berleluasa di negara itu.

Malam tadi, beliau mengisytiharkan bahawa pegawai kerajaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan dadah akan disingkirkan daripada jawatan dan tindakan perundangan akan dikenakan terhadap mereka.

Sebelum ini, Duterte menyenaraikan lebih 150 pegawai, kebanyakannya polis dan pegawai tentera, termasuk tiga ahli Kongres dan tujuh hakim sebagai individu yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Menurut beliau, sebagai Presiden, beliau bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi "politik narkotik" di negara itu.

Duterte berikrar untuk mengekalkan arahan "tembak mati" terhadap pengedar dadah berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China