Kerajaan Wuhan, China dan Kedutaan Besar Thailand di China mengadakan mesyuarat kerja serta rundingan ekonomi dan perdagangan pada 8 hingga 9 Ogos lalu.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membina mekanisme dialog antara kerajaan Wuhan dengan Kedutaan Besar Thailand di China serta memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan. Selain itu, kedua-dua pihak komited untuk mendorong penubuhan Konsulat Jeneral Thailand di Wuhan.