Cari:
Atlet Terjun Malaysia Kongsi Ganjaran RM300,000
2016-08-11 11:32:18 CRI Cetak

 

Pasangan penerjun Malaysia, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan sebanyak RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail semalam berkata, di bawah skim insentif MSN untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pasangan tersebut memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita, selepas berjaya mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China, manakala pasangan Kanada pula memenangi gangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China